Thursday, 6 December 2012

NOTA

KATA HUBUNG 

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan atau menggabungkan kata,frasa atau ayat agar meembentuk satu ayat yang bermakna. 用来连接词语、短语和句子的词。
Contoh kata hubung ialah :
Kata Hubung
Penggunaan
 Contoh
dan
Menghubungkan subjek dan prediket yang sama.

*Saya suka makan manggis dan rambutan.
*Saya dan Ali tinggal di Taman Mas.
atau
Menunjukkan satu pilihan.
*Kamu hendak minum kopi atau teh?
*Ini rumah En. Koh atau rumah En. Lau?

tetapi
但是
Merujuk dua pernyataan yang bertentangan.
*Eliza pandai tetapi sombong.
*Baju ini tidak cantik tetapi harganya    
   mahal.

apabila
Merujuk masa kejadian yang berlaku serentak.
*Murid-murid beratur apabila menaiki bas.
*Aminah menjerit apabila dikejar oleh
  anjing liar.

kerana因为
Menjelaskan sesuatu sebab.
*Amelia menangis kerana sakit perut.
*Tikus berlari kerana dikejar oleh kucing.

sambil
一边…..一边
Menanyakan sebab atau alasan.
*Mengapakah kamu bersedih?
*Mengapakah kamu tidak hadir ke sekolah?

Jika,kalau,
jikalau 如果
Menghubungkan ayat yang bermaksud untuk menyatakan suatu syarat atau pengandaian.
*Jika hujan,saya memakai selipar ke sekolah.
*Saya akan bermain di padang kalau tidak hujan.

supaya以便
Menerangkan maksud/ tujuan
*Fatimah bangun awal supaya tidak lewat ke sekolah.
*Kim Hock bersenam supaya badannya sihat.

lalu接着
Menggabungkan dua perbuatan yang dilakukan  secara berturut-turut.

*Yazid meletakkan basikalnya lalu masuk  ke dalam kelas.
*Puan Goh mengunci pintu lalu pergi tidur.


 

9 comments:

  1. Banyak bahan di blog cikgu ni. Terima kasih diatas perkongsian maklumat dan ilmu di sini.

    ReplyDelete
  2. Sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  4. satu blog yang padat dengan maklumat, gambar yang menarik dan nota yang serba lengkap, pasti ia akan membawa manfaat kepada semua yang melayari blog cikgu

    ReplyDelete
  5. Maklumat yang disediakan amat berguna kepada saya. Terima kasih atas perkongsian anda!

    ReplyDelete