Thursday, 6 December 2012

Latihan

KATA HUBUNG


A.Garisi kata hubung yang betul.
1.  Kamu akan bercuti ke Pulau Redang(  atau  ,  sambil  )Pulau Tioman?
2.  Zhi Yee membaca buku(  sambil  ,  tetapi  )mendengar radio.
3.  Wendy,Azmi,(  kerana  ,  dan  ) Devi bersahabat baik .
4.  Kakak menyikat rambutnya (  supaya  ,  atau  )kelihatan rapi.
5.  Albert membuka kasutnya (  hingga ,  lalu) masuk ke dalam rumah.
6.  Pn. Carol pandai menjahit (  dan  ,  supaya )memasak.
7.  Kamu ingin membeli beg yang berwarna hitam (  hingga ,  atau)  
     kelabu?
8.  Kit Siong mengulang kaji pelajaran (  supaya ,  kerana) lulus dengan 
     cemerlang.

B.Betulkan kata hubung yang bergaris pada ayat-ayat di bawah.
1.  Jam tangan itu rosak lalu terjatuh ke atas lantai.(               )
2. Datuk menunggu durian gugur di dusunnya dan menebas semak.
     (                )
3. Lori itu tidak dapat bergerak supaya tayarnya terbenam.(              
4.  Amin bekerja sambil dapat membantu menyara keluarganya.
     (                )


C.Sambungkan ayat-ayat di bawah dengan menggunakan kata  
    hubung yang sesuai.
1.  Jangan kita lalai.
     Kita dapat berjaya.
      __________________________________________________________________

2.  Rahman rajin mengulang kaji pelajaran.
     Rahman rajin membuat latihan tambahan.
     ____________________________________________________________________
3.  Siti minum kopi.
     Siti berbual-bual dengan kawan-kawannya.
      ___________________________________________________________________
4.  Kakak membeli tiket.
     Kakak masuk melawat ke muzium.
                  ______________________________________________________________________
5.  Kek ini sedap rasanya.
      Kek ini mahal harganya.
      ______________________________________________________________________
6.  Adik berlari-lari kegembiraan.
     Adik melompat kegembiraan.
     ____________________________________________________________________
7.  Ahmad otak cair.
     Ahmad berat tulang.
     ____________________________________________________________________

dan
tetapi
sambil
lalu
supaya

1 comment: