Saturday, 1 December 2012

Kata Tanya



Kata Tanya

Kata Tanya ialah kata yang digunakan dalam ayat tanya. 用在疑问句。

Contoh kata tanya ialah :
Kata Tanya
Penggunaan
Ayat Contoh
Apa 什么
Menanyakan nama tempat,haiwan,benda dan perkara.

*Apakah nama tempat ini?
*Apakah yang ada di dalam kotak ini?
Bila
什么时候
Menanyakan waktu dan masa.
*Bilakah ibu akan ke Johor?
*Bilakah latihan badminton dijalankan?

Bagaimana
怎么样
Menanyakan cara, sifat, keadaan atau suasana.
*Bagaimanakah cara membuat kuih ini?
*Bagaimanakah keadaan nenek kamu?

Berapa多少
Menanyakan jumlah , harga atau bilangan.
*Berapakah harga pen ini?
*Berapakah jumlah kutipan derma ini?

Mana哪里
Menanyakan tempat, benda dan orang.
*Di manakah kamu menemukan buku ini?
*Pensel yang manakah kepunyaan kamu?

Mengapa
为什么
Menanyakan sebab atau alasan.
*Mengapakah kamu bersedih?
*Mengapakah kamu tidak hadir ke sekolah?

Siapa
Menanyakan orang atau nama orang.
*Siapakah nama adik kamu?
*Siapakah yang menghantar kamu pulang?


 









9 comments:

  1. Syabas, Cikgu Soo!!
    Blog yang menarik dan penuh dengan maklumat berguna.
    Teruskan.. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Nota amat berguna bagi murid.

    ReplyDelete
  3. blog ini sangat menarik。。bagus!!

    ReplyDelete
  4. Latihan yang bagus untuk membantu murid.

    ReplyDelete