Wednesday, 28 November 2012

Kata Ganti Nama Diri




 KATA GANTI NAMA DIRI    人称代词

Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang. Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri,iaitu:

Kata ganti nama diri pertama
第一人称代词
saya
“Cikgu,bolehkah saya keluar sekejap?” tanya Lina.
aku
“Ramin,jangan lupa tunggu aku esok,”kata Ali.
Kami
“Datuk,kami hendak pergi berenang,”kata Karim dan adiknya.
Kita
“Marilah kita bermain bersama-sama,”kata Leela kepada kawan-kawannya.
Beta
Beta hendak berangkat sekarang,”titah Raja Sulaiman.
patik
“Maafkan patik,tuanku,”kata pemuda itu kepada raja.


Kata ganti nama diri kedua
第二人称代词
awak
Kata Ramin, “Saya akan menunggu awak di perhentian bas.”
engkau
“Sudahkah engkau makan?”tanya Kamal kepada Raju.
anda
“Tuliskan nama anda pada belakang sampul surat,”kata juruhebah  itu.
kamu
“Siapakah nama kamu?”Tanya pengurus kilang kepada pemuda itu.
kalian
“Sebelum bersurai,kalian dijemput makan dahulu,”kata Rina kepada rakan-rakannya.
tuanku
“Titah tuanku akan patik tunaikan,”kata bendahara kepada raja.


Kata ganti nama diri ketiga
第三人称代词
dia
Dia belajar di SJK(C ) Uk Dih.
beliau
Beliau seorang ketua kampong yang bertanggungjawab.
-nya
Ayah sedang mencuci keretanya.
mereka
Mereka berdua ialah adik-beradik.
Baginda
Baginda seorang raja yang adil.
                                                              









3 comments:

  1. Blog yang cantik. Maklumat yang jelas! terima kasih kerana berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  2. Blog cikgu sangat menarik, tahniah!

    ReplyDelete
  3. blog yg berwarna-warni,penuh imiginasi.menarik!

    ReplyDelete