Thursday, 29 November 2012

Contoh Kesalahan



Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Ganti Nama Diri
1.  Ahmad dan Mei Hua berjiran. Kami juga merupakan rakan sekelas.  (×)
     Ahmad dan Mei Hua berjiran. Mereka juga merupakan rakan sekelas.  ()

2.  Haji Taha sangat pemurah. Dia disayangi penduduk. (×)
     Haji Taha sangat pemurah. Beliau disayangi penduduk. ()

3.  “Bilakah anda akan pergi bercuti di Sabah?”tanya Salim kepada rakannya. (×)
     “Bilakah awak akan pergi bercuti di Sabah?”tanya Salim kepada rakannya. ()

4.  Kita hendak ke perpustakaan,”kata Zara,Mira dan Roza. (×)
     Kami hendak ke perpustakaan,”kata Zara,Mira dan Roza. ()

5.  “Nama awak ialah Tan Toh Keong,”kata murid baharu itu. (×)
     “Nama saya ialah Tan Toh Keong,”kata murid baharu itu. ()

6.  Kami mestilah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku. (×)
     Kita mestilah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku. ()

7.  Amran murid yang malas. Kamu selalu ponteng sekolah. (×)
     Amran murid yang malas. Dia selalu ponteng sekolah. ()

8.  Mereka mesti siapkan latihan ini sebelum waktu rehat,”kata Cikgu Ng kepada Ali. (×)
     Kamu mesti siapkan latihan ini sebelum waktu rehat,”kata Cikgu Ng kepada Ali. ()








2 comments: