Friday, 30 November 2012

Aktiviti 1(Kata Ganti Nama Diri)



Kata Ganti NAma Diri

A. Isi tempat kosong.

Dia
Mereka
Kita
Kami
-nya

1.  Mari ____________ makan bersama-sama.

2.  Itu Beego.____________ sedang menghabiskan minuman.

3.  Ini Anisa,Herina dan Kavita. ____________ kawan saya.

4.  Saya  dan Mohan berkawan baik. ____________ suka makan capati.

5.  Anis dan Renu ialah kawan baik saya. ___________ suka makan buah tembikai.

6.  Ini adik saya. ____________ sedang makan mi goreng  yang disukai ____________.

7.  ____________ mestilah makan makanan yang berkhasiat pada setiap hari.


B. Garisi kata ganti nama diri yang sesuai.


1.  Lee Chin gemar melukis. (Dia /  Awak) bercita-cita untuk membuka sebuah galeri lukisan.

2.  Chu ming dan rakan-rakannya rajin belajar. (Mereka / Kalian) sering mendapat 

      keputusan cemerlang  dalam peperiksaan.

 

3.  “(Beta / Baginda) akan berangkat ke Bentan esok,”titah Sultan Mansur kepada Datuk Bendahara.

4.  “(Saya / Hamba) ingin ke perpustakaan,”kata Cindy kepada Yasmin.

5.  Tun Dr. Mahathir ialah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. (Dia / Beliau) digelar “Bapa Pemodenan”.



 

                                                                                                                                               

No comments:

Post a Comment