Friday, 30 November 2012

Slaid

















video
Aktiviti 1



Aktiviti 2
Nama:_____________________     Kelas :_______  
Arahan: Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
-nya
mereka
berapa
mengapakah
Dia
apakah

1.  Tiap-tiap pagi, Ahmad akan bersarapan dengan ibubapa___________ sebelum pergi ke sekolah.
2. ____________ makanan yang membekal tenaga kepada kita sepanjang hari?
3.     ________________ kita perlu makan makanan yang berkhasiat?
4. Adik saya suka minum susu. ______________ minum susu setiap pagi dan malam.
5. Semasa waktu rehat murid-murid akan membeli makanan di kantin. ___________ beratur semasa membeli makanan.
6.   ____________ biji telur kita kena makan dalam seminggu?

Aktiviti 1(Kata Ganti Nama Diri)



Kata Ganti NAma Diri

A. Isi tempat kosong.

Dia
Mereka
Kita
Kami
-nya

1.  Mari ____________ makan bersama-sama.

2.  Itu Beego.____________ sedang menghabiskan minuman.

3.  Ini Anisa,Herina dan Kavita. ____________ kawan saya.

4.  Saya  dan Mohan berkawan baik. ____________ suka makan capati.

5.  Anis dan Renu ialah kawan baik saya. ___________ suka makan buah tembikai.

6.  Ini adik saya. ____________ sedang makan mi goreng  yang disukai ____________.

7.  ____________ mestilah makan makanan yang berkhasiat pada setiap hari.


B. Garisi kata ganti nama diri yang sesuai.


1.  Lee Chin gemar melukis. (Dia /  Awak) bercita-cita untuk membuka sebuah galeri lukisan.

2.  Chu ming dan rakan-rakannya rajin belajar. (Mereka / Kalian) sering mendapat 

      keputusan cemerlang  dalam peperiksaan.

 

3.  “(Beta / Baginda) akan berangkat ke Bentan esok,”titah Sultan Mansur kepada Datuk Bendahara.

4.  “(Saya / Hamba) ingin ke perpustakaan,”kata Cindy kepada Yasmin.

5.  Tun Dr. Mahathir ialah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. (Dia / Beliau) digelar “Bapa Pemodenan”.

Thursday, 29 November 2012

Contoh Kesalahan



Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Ganti Nama Diri
1.  Ahmad dan Mei Hua berjiran. Kami juga merupakan rakan sekelas.  (×)
     Ahmad dan Mei Hua berjiran. Mereka juga merupakan rakan sekelas.  ()

2.  Haji Taha sangat pemurah. Dia disayangi penduduk. (×)
     Haji Taha sangat pemurah. Beliau disayangi penduduk. ()

3.  “Bilakah anda akan pergi bercuti di Sabah?”tanya Salim kepada rakannya. (×)
     “Bilakah awak akan pergi bercuti di Sabah?”tanya Salim kepada rakannya. ()

4.  Kita hendak ke perpustakaan,”kata Zara,Mira dan Roza. (×)
     Kami hendak ke perpustakaan,”kata Zara,Mira dan Roza. ()

5.  “Nama awak ialah Tan Toh Keong,”kata murid baharu itu. (×)
     “Nama saya ialah Tan Toh Keong,”kata murid baharu itu. ()

6.  Kami mestilah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku. (×)
     Kita mestilah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku. ()

7.  Amran murid yang malas. Kamu selalu ponteng sekolah. (×)
     Amran murid yang malas. Dia selalu ponteng sekolah. ()

8.  Mereka mesti siapkan latihan ini sebelum waktu rehat,”kata Cikgu Ng kepada Ali. (×)
     Kamu mesti siapkan latihan ini sebelum waktu rehat,”kata Cikgu Ng kepada Ali. ()








Wednesday, 28 November 2012

Kata Ganti Nama Diri




 KATA GANTI NAMA DIRI    人称代词

Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang. Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri,iaitu:

Kata ganti nama diri pertama
第一人称代词
saya
“Cikgu,bolehkah saya keluar sekejap?” tanya Lina.
aku
“Ramin,jangan lupa tunggu aku esok,”kata Ali.
Kami
“Datuk,kami hendak pergi berenang,”kata Karim dan adiknya.
Kita
“Marilah kita bermain bersama-sama,”kata Leela kepada kawan-kawannya.
Beta
Beta hendak berangkat sekarang,”titah Raja Sulaiman.
patik
“Maafkan patik,tuanku,”kata pemuda itu kepada raja.


Kata ganti nama diri kedua
第二人称代词
awak
Kata Ramin, “Saya akan menunggu awak di perhentian bas.”
engkau
“Sudahkah engkau makan?”tanya Kamal kepada Raju.
anda
“Tuliskan nama anda pada belakang sampul surat,”kata juruhebah  itu.
kamu
“Siapakah nama kamu?”Tanya pengurus kilang kepada pemuda itu.
kalian
“Sebelum bersurai,kalian dijemput makan dahulu,”kata Rina kepada rakan-rakannya.
tuanku
“Titah tuanku akan patik tunaikan,”kata bendahara kepada raja.


Kata ganti nama diri ketiga
第三人称代词
dia
Dia belajar di SJK(C ) Uk Dih.
beliau
Beliau seorang ketua kampong yang bertanggungjawab.
-nya
Ayah sedang mencuci keretanya.
mereka
Mereka berdua ialah adik-beradik.
Baginda
Baginda seorang raja yang adil.